SINOPSIS NOVEL TIRANI BAB 11 HINGGA 24
BAB 11: Rumah Orang Sebelah
BAB 12: Bidadari Dari Langit
Rentetan daripada itu,
Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo tetapi
kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin
berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr
Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.
BAB 13: Mati Hidup Semula
BAB 14: Bagaikan Puteri
BAB 16: Mimpi Lain-lain
BAB 17: Konflik
BAB 18: Dilanda Nostalgia
BAB 19: Bagaikan Bongkah Batu
BAB 11: Rumah Orang Sebelah
Fatimah menerima e-mel
menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan bahawa Zahid yang
ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri Gading
Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut
Di Flamingo, berita kemenangan
Waheeda sebagai Miss Tourism International
disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati
kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari.
Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga
menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira
dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.
Manakala di Tajau Emas pula,
Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan datang merisik
anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini diteruskan juga tanpa
kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun,
Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.
BAB 12: Bidadari Dari Langit
Tugas Waheeda di Flamingo
semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah digelar Ratu Miss
Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang
perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap
menjalankan tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada
keluarganya yang sibuk mengurus hal
pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.
Di Sri Gading, Zahid sering
menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di
Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon
Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut,
Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan
kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.
Kesibukan persiapan di Tajau
Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan mereka sering
terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak
berapa sihat dan sering selesema.
BAB 13: Mati Hidup Semula
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana
biasa, sering menelaah statistik pelancongan yang semakin meningkat dari
semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana rezeki semakin
bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta.
Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang
sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam
pada itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan
kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah,
berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah
juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari
sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu
Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu
mengimbas kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda
berubah hati.
Majlis pertunangan yang
sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa selamat
di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan
Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini
disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMC
untuk menerima rawatan.
Kerunsingan yang dialami oleh
Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam pada
itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah
menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku
kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa
Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi
hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun, proses
tersebut berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.
Sesampainya Zahid di
Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati
bahawa Waheeda berada di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai.
Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr
Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda
menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak
wangi selepas mengalami selesema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.
BAB 14: Bagaikan Puteri
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda
berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan
kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah. Tetamu yang diundang
melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan Tajau emas
juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris,
Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan
teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong
untuk datang ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan
termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau
Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya.
Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja.
Selepas acara akad
nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan
kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini
berlangsung selama dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah
Matang. Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri
Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira
BAB 15: Hidup Ranggi
Pemandangan di kawasan kampung
Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran
Matang yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa
kelihatan mengapung awan. Senario pemandangan
dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini
telah digambarkan oleh zahid semasa dia
berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji pemandangan di
kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan
untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan.
Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang
kehidupannya semasa berada di luar negara bersama beberapa wanita.
Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita.
Sejak pertemuan dengan Waheeda
di Flamingo, persepsi Zahid tentang
cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa
hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat.
Dalam dua minggu
bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan
Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta
keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.
Zahid membaca akhbar di bilik
pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak member gambaran negatif
kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan menyatakan dua
ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun
depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal
menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang ke Sarawak nanti.
Waheeda telah membaca satu
pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia
jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor
pelancongan. Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar
yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan
rakan yang sudah terputus hubungan
dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu.
Sepanjang pagi zahid tekun
menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang
sama, zahid menanti isterinya, Waheeda untuk
makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama. Namun, Waheeda
tidak muncul-muncul. Kesibukan
masing-masing menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing.
Zahid telah bergegas ke Tajau
Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki.
Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda
agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat
dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.
Zahid perasan apabila sesekali
terserempak pandangan pelanggan
terhadap isterinya. Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini
menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu
yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk Yasser
akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri
Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari.
Waheeda cuba
membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana ayahnya suka
berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda
kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.
BAB 17: Konflik
Waheeda berasa tidak sedap
hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya seolah-olah manusia
individualistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri Gading-Tajau
Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun
begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang
ke Seri Gading untuk membantu.
Waheeda banyak terkenangkan
masa-masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya diluangkan bersama-sama
ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang
melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan
ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.
Di samping itu, Waheeda masih
memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui,
hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang Jaya
untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di
farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk
meredakan sakit kepalanya. Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah suami dan
macam-macam lagi.
Bagi Zahid, Waheeda obsesi
dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan seorang yang kuat
cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores
apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa
di SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda.
Pada malam itu, Waheeda
berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudah pun
tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di
atas katil mengingatkan kenangan dalam kenangan yang melingkari hidupnya.
Ibunya, Raidah tidak
menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar
tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitiviti
hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.
BAB 18: Dilanda Nostalgia
Zahid menemani isterinya
menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan Fadhil
sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang
tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah
disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri
Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo
Resort. Kemesraan yang terjalin mereka
menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung joging. Pada waktu inilah,
Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan
wanita-wanita dahulu seperti Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai
lagi.
Zahid melenting di hujung
talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan
keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang ke
rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.
Nostalgia pada peringkat awal
begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya apabila mengetahui
kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah tersentuh.
Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat
suaminya yang terlalu cemburu.
Riadah, ibu Waheeda termenung
di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda
supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi
motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya.
Waheeda bangun sebelum
mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda ke dapur. Raidah memberitahu
Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari
BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes seorang menteri
kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya
dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang
disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan
bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital
Normah tanpa kehadiran Zahid.
BAB 19: Bagaikan Bongkah Batu
Waheeda telah dimasukkan ke
Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital Normah, Raidah tidak
senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa Zahid tidak datang.
Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya dengan
membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk
kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.
Sebaik Datin Hazirah
meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid
yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka
mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda
apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati
Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.
Waheeda telah pergi berjumpa
dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal Spektro-Kimia.
Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda
dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda
telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah
mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.
Di rumahnya, Waheeda tidak
sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat membantu
membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk memberi kefahaman
tentang ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang
banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak
sama dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan
tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha
menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.
Sejak belakangan ini, kompromi
antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap Zahid yang jarang
balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkan Waheeda. Sekiranya
Zahid datang, datangnya untuk
menambahkan luka di hati Waheeda.
Raidah berasa senang dan
terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh Waheeda.
Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak
tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan
mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.
[ bersambung]
One call away
No comments:
Post a Comment