Monday, January 4, 2016

JENIS-JENIS PENGENALAN/ PENDAHULUAN KARANGAN:

Selamat pagi Mutiara....

JENIS PENGENALAN KARANGAN BAHASA MELAYU:

1. PENDAHULUAN JENIS DEFINISI ·
- memberikan takrif · makna · definisi (dengan merujuk kamus)

Contoh :



          Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa.  Usaha-usaha pelbagai pihak amat diperlukan untuk membendung jenayah.

2. PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -
- menyatakan pendapat seseorang tokoh

Contoh :



      Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama meneruskan pembangunan.  Llangkah-langkah yang drastik harus diambil untuk memastikan kegiatan pembangunan dapat diteruskan di negara kita dan dalam masa yang sama pencemaran dapat dielakkan.

3. PENDAHULUAN JENIS SUASANA -
- menggambarkan sesuatu melalui suasana/situasi yang sesuai.

Contoh :



      Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.

 4. PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -
mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk

Contoh:




Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?

5. PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -
memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.

Contoh:



Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “seperti aur dengan tebing” amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti.  Namun semangat berkerjasama dalam masyarakat semakin hari semakin terhakis terutama di kawasan bandar.  Punca-punca permasalahan ini perlu dibincangkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.

6. PENDAHULUAN SEDUTAN PUISI/LAGU
- mengemukakan  sedutan lagu/pantun/sajak yang berkaitan dengan tema karangan
                                  

                                  Duhai apakah gerangan budi balasan
                                  Bagi insan melahirkan, membesarkan

                                  Bercucuran air mata bila mengenangkan

                                  betapakah bersar budi , ibunda berikan
                                  siang malam ..menderita hingga entah bila
                                  sungguh bersar pengorbanan ibunda berikan


       Pengorbanan dan jasa seorang ibu tergambar jelas dalam lirik lagu ini.  Ibu telah melahirkan dan mendidik seseorang anak menjadi insan yang berjaya dan berguna kepada keluarga, bangsa dan tanah air.  Kasih sayang dan budi seorang ibu tanpa mengharap sebarang balasan, tetapi sudah menjadi tanggungjawab anak-anak  untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.

7. PENDAHULUAN GABUNGAN
- Menggabungkan dua atau lebih jenis pendahuluan

Contoh:


      Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinasikan sebagai kegiatan laku musnah yang berkaitan dengan tidakan merosakkan atau memusnahkan harta benda termasuk kemudahan awam.  Gejala memusnahkan kemudahan awam seperti pondok menunggu bas, telefon awam, kemudahan di sekolah dan sebagainya.  Persoalannya mengapakah gejala vandalisme ini sering berlaku dalam kalangan remaja?  Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membendung gejala ini?



LATIHAN BERKUMPULAN:

Soalan: 

Rumah terbuka sering diamalkan oleh semua masyarakat yang terdapat di negara kita tanpa mengira kaum dan agama. Rumah terbuka ini selalunya dijalankan pada musim perayaan. Bincangkan apakah kebaikan mengadakan rumah terbuka. 


Berdasarkan soalan di atas, buat satu pengenalan yang sesuai untuk menghasilkan karangan tersebut. Pengenalan tersebut perlulah lebih daripada 6 ayat.

Kumpulan 1 : Pengenalan jenis definisi

Kumpulan 2 : Pengenalan jenis pendapat

Kumpulan 3 : Pengenalan jenis suasana

Kumpulan 4 : Pengenalan jenis persoalan

Kumpulan 5 : Pengenalan bentuk sejarah

Kumpulan 6 : Pengenalan bandingan dulu dan sekarang

Kumpulan 7 : Pengenalan bentuk cerita

Kumpulan 8 : Pengenalan jenis gabungan

Kumpulan 9 : Pengenalan jenis definisi

Kumpulan 10 : Pengenalan jenis pendapat

Kumpulan 11 : Pengenalan jenis persoalan

Kumpulan 12 : Pengenalan jenis gabungan








8 comments:

  1. Kumpulan 2(5A2)

    Di Malaysia terdapat pelbagai kaum yang berbeza budaya dan sering mengadakan rumah terbuka. Menurut Tan Seri Muhyiddin Yassin, menghormati dan kunjung-mengunjungi ke rumah terbuka adalah salah satu amalan menyatukan rakyat. Apabila kerajaan menganjurkan rumah terbuka secara besar-besaran ia bermakna kita memberikan penghargaan kepada setiap kaum. Kalaulah ada antara orang yang cuba halang perpaduan maka kita anggap mereka adalah golongan yang tidak berpandangan jauh. Justeru, terdapat beberapa kebaikan rumah terbuka di kalangan rakyat.

    ReplyDelete
  2. -K6-(5A2)
    Sbgai sebuah negara majmuk,pnddk Malaysia yg terdiri drpd plbgai kaum mrngamalkn bahasa,agama dan budaya yang berlainan.Oleh hal yg demikian,maka wujudlah plbgai perayaan yg disambut oleh pnddk Malaysia sepanjang thn.Justeru,majlis rmh terbuka diadakan pd setiap kali tiba musim perayaan. Secara x lngsng hal ini dpt mengeratkn sillaturahim dan mencerminkwn identiti masyarakat Malaysia yg harmoni di mata pelancong☺

    ReplyDelete
  3. Kumpulan 5 (5A2)

    Dato Shahrizat Jalil mantap menteri pembangunan wanita menjelaskan bahawa rumah terbuka merupakan sambutan rasmi yang lazim dilakukan di negara Malaysia. Dengan adanya rumah terbuka, mudahlah seseorang itu untuk mengunjungi rumah saudara mara, jiran-jiran dan rakan-rakan kerana tarikh dan masanya sudah ditetapkan.Sebagai contoh, pada tahun baru masyarakat cina membuat rumah terbuka. Hal ini pasti akan mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni seperti kata pepatah, "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat". Persoalannya, apakah kebaikan rumah terbuka?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Kumpulan 7 (5A2)

    Majlis rumah terbuka dijadikan sebagai perayaan nasional dan telah sebati dalam kehidupan dan fungsi budaya masyarakat Malaysia.Rumah terbuka sebagai salah satu instrumen untuk menunjukkan ukuran toleransi dan keterbukaan pemikiran kita terhadap agama, budaya, dan adat bangsa atau penganut agama lain.Contohnya,kita boleh menjemput kawan-kawan yang telah lama tidak berjumpa ke rumah terbuka bagi mengeratkan hubungan antara mereka.Pada pendapat tokoh: J.S. Furnival dalam bukunya “Colonial Policy and Practice” (1984) menegaskan bahawa “setiap kelompok itu mempunyai agama budaya, bahasa, idea, dan cara tersendiri.” Oleh itu, amatlah wajar apabila konsep rumah terbuka ini cuba diangkat oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan sebagai acara dan identiti nasional.Justeru ,terdapat beberapa kebaikan yang boleh dikaitkan apabila mengadakan rumah terbuka kepada semua masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Kumpulan 8 (5A2)

    Sejak kemunculan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 yang diperkenalkan untuk menggelakkan tragedi 13 Mei 1969. Perpaduan negara terjamin.Rakyat Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu,Cina,India dan lain-lain perlu mengamalkan semangat perpaduan peribahasa Melayu pernah mengatakan ''bulat air kerana perabetung bulat manusia kerana muafakat. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, menghormati dan kangung-mengunjung ke rumah terbuka adalah satu amalan menyatakan masyarakat .Rumah terbuka merupakan aktiviti yang mustahak untuk memupuk berkomunikasi antara sama satu lain.Persoalannya, apakah kebaikan rumah terbuka?

    ReplyDelete
  8. Kumpulan 3(5A2)
    SUASANA RUMAH TERBUKA
    Kumpulan 2/5A2 :Sudah terang lagi bersuluh, hari perayaan merupakan sambutan rasmi yang lazim dilakukan di di negara Malaysia. Setiap perayaan di negara kiat berbeza-beza mengikut bangsa masing-masing. Tamsilnya, bangsa Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri, bangsa Cina menyambut Tahun Baru Cina dan bangsa India menyambut Deepavali. Sehubungan dengan itu, rumah terbuka acap kali diadakan semasa menyambut perayaan-perayaan ini. Majlis rumah terbuka sudah menjadi amalan masyarakat Malaysia. Kerajaan juga menggalakkan rakyat mengadakan rumah terbuka supaya penduduk yang berbilang kaum dapat mengenali antara satu sama lain. Secara tidak langsung, hal ini dapat mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara ini. Terdapat banyak kepentingan mengadakan rumah terbuka pada hari perayaan.

    ReplyDelete