Tuesday, January 26, 2016

KEFAHAMAN : CERPEN HIPERTENSI

PEMAHAMAN CERPEN HIPERTENSI:

Baca petikan cerpen di bawah, kemudian jawab soalan yang diberi dengan menggunakan ayat anda sendiri.

           "Ah, tambah, kurang, darab dan bahagi yang mudah itu pun tak boleh jawab!" Aiman mengetis sindiran kepada adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah.
          "Babah, tengok abang ni, ganggu kami nak buat kerja rumah," yang tengah selalu marah-marah terhadap sikap abangnya. Usianya muda dua tahun daripada si abang.


Monday, January 25, 2016

CERPEN: HIPERTENSI

CERPEN: HIPERTENSI

A. SINOPSIS:
- mengisahkan seorang pelajar pintar yang meminati bidang aeroangkasa. Cerita dimulakan dengan kisah Aiman Aqil berehat di rumahnya di lereng bukit yang telah gondol akibat penerokaan hutan.

- Aiman teringat peristiwa lalu di mana dia berdebat dengan cikgu Faridah tentang teori Graviti. Kelas menjadi kecoh. Cikgu Faridah menggelar Aiman sebagai professor kerana dia mempunyai daya fikir yang tinggi serta lebih pintar daripada rakannya yang lain.

- Amran ialah anak sulung serta mempunyai 2 adik perempuan iaitu Fadilah Fatin dan Azilah Atiqah. Di rumah, Aiman selalu menyindir adik-adiknya kerana kurang bijak matematik. Aiman juga teringat bahawa semasa di sekolah rendah, dia selalu ponteng kerana berasa bosan apabila berasakan silibus di sekolah tidak setanding kepintaran yang dimilikinya.

- Disebabkan kepintarannya, di sekolah Aiman selalu menyakat rakan-rakannya yang lambat menyelesaikan masalah dan latihan terutamanya dalam subjek matematik. Dia juga suka merayau di dalam kelas serta ditegur oleh gurunya. Guru kelasnya melaporkan perkara ini kepada ibu bapanya. Ibu bapa Aiman marah dan merotan Aiman di bahagian pinggul hingga lebam.

- kejadian ini menyebabkan Aiman ponteng kelas. Dia mengambil kesempatan untuk berhalusinasi (berangan-angan) tentang dunia sains angkasa lepas. Dalam imaginasinya usianya bertambah 10 tahun. Dia berimaginasi pokok kelapa di rumahnya sebagai tempat berlepas kapal Soyuz. Sikap peliknya itu diketahui oleh ibu bapanya. Aiman dirotan lagi di pinggulnya. Ibunya memprotes tindakan bapanya di dalam hati sahaja.

- Aiman semakin galak/ kerap membayangkan dirinya sebagai seorang angkasawan dan berpeluang berlatih dengan pihak Rusia. Aiman membayangkan dirinya mendarat di bulan dengan menaiki kapal Soyuz melalui Stesen Angkasa Antarabangsa. Aiman juga membayangkan dirinya berada di bulan dengan pakaian lengkap angkasawan di tempat yang tiada udara. Dia membayangkan dia melihat ciri-ciri fizikal di bulan.

- Setelah dia remaja, daya imaginasinya semakin kuat.  Bapanya terpaksa bersikap kasar kepadanya dan selalu menampar Aiman. Akibat tamparan itu Aiman menjadi gagap pertuturannya. Ibu bapa Aiman menghantar Aiman mendapat rawatan intensif dan latihan terapi. 

- Suatu hari Aiman mendengar suara ghaib yang mengajaknya berubah dan berpijak ke dunia nyata. Suara ghaib itu juga menyuruhnya supaya melihat kepada realiti dirinya serta meminta Aiman supaya mendekatkan diri kepada Tuhan. 

- Aiman akhirnya sedar dan memberitahu ibu bapanya bahawa dia tidak perlu lagi rawatan intensif dan terapi. Aiman juga sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi. Dia berdoa kepada Tuhan dan berharap hidupnya akan berubah.


B. TEMA:
- bertemakan "keinginan yang tinggi dalam bidang yang diingini sehingga menyebabkan seseorang berimaginasi".
- Contohnya; Aiman sangat meminati bidang aeroangkasa sehingga berimaginasi mendarat ke bulan dengan menaiki kapal Soyuz yang diterbangkan dari Stesen Angkasa Antarabangsa.


C. PERSOALAN:
i. Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya. Cth - ibu bapa Aiman menghantar Aiman untuk mendapat rawatan intensif dan terapi setelah Aiman gagap pertuturannya.

ii. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah sesuatu perkara. Cth - Aiman mampu menyelesaikan masalah matematik murid tingkatan 5 walaupun dia baru berada di sekolah rendah.

iii. Rasional dalam membuat sebarang keputusan. Cth - guru Aiman mengambil tindakan tegas menegur Aiman yang suka merayau-rayau di dalam kelas serta melaporkan perbuatan Aiman kepada ibu bapanya.

iv. Sikap tanggungjawab guru kepada anak muridnya. Cth - cikgu faridah mengajar matematik kepada Aiman dan murid-muridnya yang lain dengan bersungguh-sungguh.

v. Impian dan angan-angan yang tidak kesampaian. Cth - Impian Aiman untuk menjadi seorang angkasawan tidak kesampaian kerana apa yang berlaku pada dirinya hanyalah imaginasinya sahaja.

vi. Perasaan dendam akibat kesalahan masa lampau. Cth - Aiman menyimpan rasa dendam kepada bapanya yang telah menampar serta merotannya kerana sikapnya yang suka mengganggu murid lain serta suka berimaginasi.


D. WATAK DAN PERWATAKAN:
1. Aiman Aqil:
- berwajah cengkung dan jari-jemarinya yang kurus runcing.
- anak sulung daripada 3 beradik.
- gagap semasa bercakap. Cth - mulutnya akan menganga lebar sebelum kata-kata dapat dikeluarkan dari mulutnya.
- seorang yang pintar. Cth - boleh menyelesaikan masalah matematik murid sekolah menengah walaupun masih berada di sekolah rendah.
- suka menyakat orang lain. Cth - di sekolah Aiman suka menyakat rakannya yang lambat menyelesaikan masalah matematik.
- bercita-cita tinggi.  Cth - bercita-cita untuk menjadi angkasawan terkenal seperti Neil Armstrong.
- suka memberontak.  Cth - Aiman akan ponteng sekolah apabila dirotan oleh ayahnya setelah diadukan sikapnya yang suka merayau di dalam kelas.
- pendendam. Cth - menyimpan dendan terhadap bapanya yang sering merotan dan menamparnya.
- insap dengan kesilapannya. Cth - Aiman insaf akan kesilapannya yang terlalu suka berimaginasi dan akhirnya berserah kepada Tuhan.

2. Bapa Aiman:
- seorang jurutera makenikal.
- seorang yang bertanggungjawab. Cth - menghantar Aiman yang gagap untuk mendapatkan rawatan intensif dan terapi.
- bengis dan garang. Cth - pernah merotan dan menampar Aiman kerana kedegilan anaknya.
- seorang yang penyayang. Cth - berusaha memulihkan pertuturan Aiman yang gagap dengan menghantar untuk mendapat rawatan intensif dan terapi.

3. Ibu Aiman:
- bertugas sebagai saintis bidang geologi.
- penyayang. Cth - berasa kasihan melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
- taat/ patuh kepada suami. Cth - Ibu Aiman tidak membantah apabila suaminya merotan Aiman. Dia hanya menentang di dalam hati sahaja.
- penyabar - sabar dengan sikap suaminya mendidik Aiman dengan garang.


E. GAYA BAHASA:
i. Penggunaan diksi - sesuai dengan cerita. Cth - orbit, aeroangkasa, planet.
ii. penggunaan bahasa Inggeris - IQ, genius.
iii.Pengulangan/ repetasi - Cth - "Tidak ada udara. Tidak ada air.
iv. Personafikasi. Cth - "Tamparan selalu singgah di pipiku"
v. Simile. Cth - "Dirinya semacam terpenjara ratusan tahun lamanya"
vi. Metafora. Cth - dedaun kemaafan/ tasik hati.
vii. Sinkope. Cth - "Betapa tak bangganya?"


F. NILAI:
i. Kasih sayang. Cth - Ibu aiman amat menyayangi anak-anaknya dan sedih apabila Aiman dirotan oleh bapanya.
ii. Kebijaksanaan. Cth - Aiman dapat menyelesaikan masalah matematik tingkatan 5 walaupun baru bersekolah rendah.
iii. Belas kasihan/ simpati. Cth - Ibu Aiman berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
iv. Dedikasi. Cth - Cikgu Faridah menerangkan Teori Graviti dengan bersungguh-sungguh kepada Aiman dan rakannya di dalam kelas.
v. Tanggungjawab. Cth - Bapa Aiman bertanggungjawab mendapatkan rawatan intensif dan latihan terapi kepada Aiman yang telah gagap pertuturannya.
vi. Kesabaran. Cth - Ibu Aiman tetap sabar dengan sikap suaminya yang terlalu garang ketika mendidik anak-anaknya.
vii. Keinsafan. Cth - Aiman insaf akan kesilapannya yang terlalu jauh berimajinasi lalu berdoa kepada Allah serta kembali dalam kehidupan sebenar.
viii. Kebersihan fizikal dan mental. Cth - Aiman mengamalkan makanan seimbang dan menjalani gaya hidup sihat.
ix. Rasional. Cth - Guru Aiman berfikiran rasional dengan menasihati Aiman yang suka merayau supaya kembali ke tempat duduknya dan tidak mengganggu rakannya yang lain.


G. PENGAJARAN:
i. Kita mestilah menyayangi keluarga kita. Cth - Ibu Aiman menyayangi anak-anaknya dan sedih apabila melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
ii. Kita hendaklah bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Cth - Aiman dapat menyelesaikan masalah matematik tingkatan 5 walaupun baru berada di sekolah rendah.
iii. Kita mestilah dedikasi dan amanah. Cth - Cikgu Faridah mengajar Teori Graviti dengan bersungguh-sungguh kepada Aiman dan rakannya.
iv. Kita mestilah bertanggungjawab menjaga kesihatan keluarga kita. Cth - Bapa Aiman mendapatkan rawatan intensir dan terapi kepada Aiman yang gagap pertuturannya.
v. Kita mesti bersabar apabila berdepan dengan masalah. Cth - Ibu Aiman bersabar apabila melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
vi. Kita mestilah rasional apabila melakukan tindakan. Cth - Guru aiman menasihati Aiman supaya duduk di kerusinya dan tidak merayau serta mengganggu rakan lain.




RUMUSAN: TEKNIK MERUMUSKAN PETIKAN

RUMUSAN SPM

Teknik Merumuskan Petikan:

TEKNIK MERUMUSKAN PETIKAN/ PETIKAN: 

A. MENULIS PENGENALAN:
 
1. Tulis dan ubah perkataan daripada kunci kata soalan pertama sahaja. (tidak boleh ada perkataan ‘dan’ dalam pengenalan. (Mulai 2015 calon boleh tulis semua)

2. Mengubah maksud perkataan kunci kata pertama soalan: 
* 
faktor = punca = sebab = penyebab = perkara yang mempengaruhi 
* 
langkah = inisiatif = cara = kaedah = tindakan 
* 
kesan = implikasi = kebaikan = keburukan = kesan positif = kesan negatif 
* 
ciri = sifat = bentuk 
* 
masalah = halangan = cabaran = kekangan 

3. Contoh: 
i. Rumuskan langkah-langkah mengatasi hakisan tanah dan faedahnya kepada masyarakat. 

Pengenalan rumusan : 
Rencana membincangkan cara-cara mengatasi hakisan tanah. 

ii. Buat satu rumusan tentang faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan Bandar dan implikasinya kepada pembangunan di kawasan Bandar tersebut. 

Pengenalan rumusan : 
Petikan membincangkan punca-punca yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan Bandar. 

iii. Rumuskan ciri-ciri yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang dan langkah melahirkan pelajar cemerlang. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan. 

Pengenalan rumusan : 
Rencana membincangkan sifat-sifat yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang. 


iv. Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada Negara kita dan langkah untuk memajukan sektor pertanian negara. Panjang karangan mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan. 

Pengenalan rumusan : 
Rencana tersebut membincangkan faedah sektor pertanian kepada Negara.


v. Buat satu rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan cara-cara untuk mencegahnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. 



B. MENULIS ISI TERSURAT: 
1. Isi jawapan berdasarkan kunci kata soalan yang pertama. (gunakan kunci kata dalam soalan. Jangan ubah) 
2. Isi hanya yang terdapat dalam petikan sahaja. 
3. Beri maksimum 6 isi. (Jumlah isi tersurat dan tersirat ialah 8 isi) 
4. Jika kurang isi tersurat, jangan panik. Tambah isi tersirat anda. 
5. Jika jumlah perkataan masih kurang 120 perkataan, anda digalakkan tambah isi tersurat. 
6. Pastikan maksimum 2 isi dalam satu ayat. SEBAIK-BAIKNYA 1 isi dalam I ayat. 
7. Gunakan penanda wacana untuk menggabungkan setiap ayat. 

8. Contoh penggunaan ayat: 

Contoh 1: Rumusan yang baik.(Katakanlah faktor banjir kilat) 

-Faktor utama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang tersumbat. 
-Selain itu, faktor yang lain termasuklah kurangnya kadar serapan air di kawasan bandar. 
-Sementara itu, hujan lebat yang berterusan juga turut menjadi faktor fenomena tersebut. 
-Terdapat juga faktor kurangnya sistem perangkap sampah di kawasan sungai berhampiran. 
-Di samping itu, kekurangan tumbuhan di bandar menyebabkan banjir kilat terjadi. 
-Faktor penyebab yang terakhir ialah hakisan tanah yang dihasilkan oleh pembinaan di Bandar. 
(SEMUA ISI DI ATAS MESTI ADA DALAM PETIKAN)


Contoh 2 : Rumusan kurang baik. (akan ditolak 1 markah bahasa) 

-Faktor pertama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang sempit. 
-Faktor kedua ialah kurangnya kadar serapan di kawasan bandar. 
-Faktor ketiga ialah hujan lebat yang berterusan di bandar. 
-Faktor keempat ialah kekurangan tumbuhan di bandar. 
-Faktor terakhir ialah hakisan tanah dari kawasan pembinaan. 

9. JANGAN gunakan perkataan ‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’ dan lain-lain yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan) 
Salah : Langkah mengatasinya ialah kerajaan harus menguatkuasakankan undang-undang. 
Sepatutnya : Langkah mengatasinya ialah kerajaan menguatkuasakan undang-undang. 
(MULAI 2013 - PERKATAAN INI BOLEH DIGUNAKAN TANPA DITOLAK ISI)


Salah : Selain itu, kerajaan harus mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik. 
Sepatutnya : Selain itu kerajaan mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik. 

10. Contoh : 
Contoh 1 :Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya. 


"Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus disekat. " 

Isi tersurat : 
-
Faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba. 

Contoh 2 : Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang dihadapi. 

"Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi. Pelbagai jenis ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang dilaksanakan oleh orang ramai menjadi lebih mudah." 

Isi tersurat : 
- 
Selain itu, kesan kemajuan teknologi kepada negara ialah tugas yang dijalankan oleh orang ramai menjadi lebih mudah. 

Contoh 3 : Rumuskan ciri-ciri tanaman kontan di negara kita dan kepentingannya. 

"Antara tanaman kontan tersebut termasuklah getah dan kelapa sawit. Tanaman ini banyak ditanam di sini kerana tanah lateritnya yang subur. Hasil tanaman ini adalah digunakan untuk jualan yang memberi keuntungan kepada negara." 

Isi tersurat : 
- 
Ciri-ciri pertanian kontan yang lain termasuklah digunakan sebagai jualan bagi memberi keuntungan kepada negara. 

Contoh 4 : Rumuskan kesan negatif kafe siber dalam kalangan remaja dan langkah mengatasinya. 

"Umum mengetahui perkembangan kafe siber begitu pesat sehingga seperti cendawan tumbuh. Banyak pihak berpendapat bahawa perkembangan ini amat wajar bagi meningkatkan kemajuan IT dalam kalangan penduduk. Namun segelintir kecil menentangnya dengan alasan bahawa tempat ini akan menjadi tempat berkembangnya gejala sosial dalam kalangan remaja. " 

Isi tersurat : 
- 
Kesan negatif yang terakhir ialah kafe siber akan menjadi tempat berkembangnya masalah sosial dalam kalangan masyarakat. 


C. MENULIS ISI TERSIRAT: 
1. Berdasarkan kunci kata soalan yang kedua. 
2. Isi bahagian ini perlu anda fikir sendiri dan bukan diambil dari petikan juga. 
3. Jika isi tersirat yang anda fikirkan sudah ada dalam petikan juga, jangan ambil sebagai isi anda. 
4. Penggunaan ayat dan penanda wacana adalah sama dengan isi tersurat.
5. Jumlah minimum ialah 2 isi tetapi jika isi tersurat kurang, bahagian isi ini perlu ditambah. 
6. JANGAN gunakan perkataan ‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’ dan lain-lain yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan) 

7. Contoh : 
Contoh 1 : Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang dihadapi. 

"Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi. Pelbagai jenis ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang dilaksanakan oleh orang ramai menjadi lebih mudah." 

Isi tersirat : 
- 
Masalah yang dihadapi dalam menyebarkan kemajuan teknologi ialah kekurangan pakar yang mampu memberi perkhidmatan dalam bidang ini kerana masih baru di negara kita. 

Contoh 2 : Rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada negara kita dan langkah untuk memajukannya. 

Isi tersirat : 
-Langkah untuk memajukan sektor pertanian yang seterusnya ialah kerajaan memberi kemudahan subsidi baja kepada para petani. 

Contoh 3 : Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya. 

"Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus disekat." 

Isi tersirat : 
- 
Langkah mengatasi kemalangan jalan raya yang terakhir adalah dengan menguatkuasakan undang-undang jalan raya kepada pemandu yang menyalahi peraturan di jalan raya. 

Contoh 4 : Rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan cara-cara untuk mencegahnya. 

Isi tersirat : 
- Untuk mengatasi masalah ini, langkah lain ialah ibu bapa memberi didikan agar anak-anak memilih makanan yang seimbang. 


D. MENULIS PENUTUP / ULASAN: 
1. 3 aspek perlu ditulis iaitu: 
i. siapa bertindak ii. apa tindakan iii. tujuan tindakan 
2. Ayat mesti mengandungi perkataan berikut: 
i. Kesimpulannya / Oleh itu / Justeru / Maka / Jadi 
ii. harus / patutlah / mestilah / wajarlah / harus / patut 
iii. supaya / agar 
3. Ayat seharusnya berbunyi begini : 

Contoh 1 : 
Kesimpulannya, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan). 

Contoh 2 : 
Oleh itu, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan). 

4. Contoh jawapan ulasan rumusan anda: 
Contoh 1 : 
Rumuskan faktor penyalahgunaan dadah dan langkah membanterasnya. 

Ulasan rumusan: 
Kesimpulannya, kerajaan dan masyarakat harus berganding bahu agar masalah penyalahgunaan dadah dapat diatasi. 

Contoh 2 : 
Buat rumusan tentang ciri makanan seimbang dan kebaikan makanan tersebut. 

Ulasan rumusan: 
Oleh itu, ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka agar bijak memilih makanan yang seimbang. 

Contoh 3 : 
Rumuskan inisiatif untuk menggalakkan pelajar membaca dan masalah yang dihadapi.
 

Ulasan rumusan: 
Oleh hal yang demikian, para pelajar patut bijak memilih buku yang dibaca agar mendapat pengetahuan yang berfaedah. 

Contoh 4 : 
Rumuskan faedah penggunaan Bahasa Inggeris dalam sains dan matematik serta permasalahannya.
 

Ulasan rumusan: 
Kesimpulannya, para pelajar haruslah menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran mata pelajaran tersebut agar mutu bahasa Inggeris mereka

RUMUSAN: PENDIDIKAN ERA GLOBALISASI ABAD KE-21

RUMUSAN:Soalan: Baca petikan yang di bawah dan buat satu rumusan tentang kebaikan pendidikan era globalisasi dan kekangan yang dihadapi. Panjang karangan mestilah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

         Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang sangat penting dan perlu diberikan perhatian utama. Hal ini demikian kerana tuntutan zaman telah membuktikan bahawa pendidikan alaf baru akan menjamin kejayaan seseorang itu jika diamalkankan secara bijaksana. Oleh itu setiap orang hendaklah berusaha untuk mencari seberapa banyak ilmu yang mungkin pada alaf baru ini untuk menjamin kesejahteraan hidup, bak kata pepatah " ilmu jambatan hidup". Jadi setiap remaja khususnya hendaklah menggunakan masa muda ini untuk mencari ilmu yang bercirikan pendidikan alaf baru dengan sebanyak  mungkin . Dengan adanya ilmu, sudah tentulah seseorang itu akan mendapat manfaat dan kejayaan terutamanya dalam era globalisasi ini

           Melalui sistem pendidikan abad ini, seseorang itu boleh mencipta inovasi baharu dalam pelbagai bidang kehidupan manusia. Ciptaan baharu yang merupakan inovasi itu bukan sahaja memberikan kemudahan kepada hidup mereka. Sebagai buktinya, banyak inovasi baharu yang dicipta pada masa ini seperti telefon mudah alih, komputer riba dan sebagainya. Perubahan pendidikan alaf baru ini juga turut membolehkan seseorang pelajar menjadi berani untuk menyuarakan pandangan secara positif di khalayak ramai. Hal ini menjadi satu keperluan bagi masyarakat mendepani kehidupan yang semakin kompleks. 
 Juster

           Seterusnya, dengan ketinggian ilmu pengetahuan, negara akan dapat melahirkan tenaga pekerja yang mahir dan berkebolehan. Perdidikan alaf baru ini menyediakan skop pengetahuan dan ilmu yang luas serta kemahiran menguasai pelbagai bidang yang semakin kompleks dan bercorak global. Ilmu pengetahuan yang tinggi akakn memberi kelebihan kepada tenaga mahir malaysia dalam menyumbang idea-idea bernas dalam penciptaan mereka. Sebagai contoh, penciptaan tembikar daripada tanah liat dengan teknik dan keunikan yang tersendiri telah banyak menarik syarikat dan pelabur luar untuk bekerjasama dengan malaysia. Tuntasnya, dengan ilmu pengetahuan, negara bukan sahaja dapat melahirkan pekerja mahir bahkan turut memperkenalkan negara di persada antarabangsa yang pastinya turut menyumbang kepada peningkatan hasil ekonomi negara.

          Pendidikan abad ke-21 ini juga dapat memastikan lahirnya satu generasi yang hebat dan mampu bersaing diperingkat global. Generasi inilah yang akan memajukan negara kerana negara kita memerlukan pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi selaras dengan era globalisasi pada masa ini. Pendidikan alaf baru ini mampu membentuk seorang pemimpin yang berilmu yang akan dapat membawa perubahan positif demi kemajuan rakyat dan negara. Peranan guru dalam melaksanakan pendidikan alaf baru ini adalah amat diperlukan dan kegagalan mereka berbuat demikian akan menjejaskan misi kerajaan dalam usaha memartabatkan sistem pendidikan negara. 


Kerja berkumpulan:

A. Pengenalan: (P)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

B. Isi tersurat: (S) / Faedah/ kebaikan pendidikan alaf baru
1.--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2.--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4.--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5.--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6.--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

C. Isi tersirat: (T) / Kekangan/ Halangan/ Masalah yang dihadapi
1.--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2.--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3.--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

D. Ulasan: (Ul) /  Siapa + harus buat apa + tujuannya
Kesimpulannya, ---------------------------------------- harus ---------------------------------------- agar ------------------------------------------------------------------

Tulis Jawapan lengkap anda dalam buku latihan.

Tuesday, January 19, 2016

LATIHAN TATABAHASA: MEMBETULKAN KESALAHAN KATA SENDI

ASSALAM & SELAMAT SEJAHTERA 5A1 & 5A2 MUTIARA...

Kata Sendi Nama
Latihan:
Baca ayat-ayat yang diberi di bawah kemudian betulkan kesalahan penggunaan kata sendi nama yang terdapat dalam ayat tersebut.

1. Gadis comel bernama Devi itu datang daripada Batu Kurau yang terletak di Perak.

2. Saya menunggu Yatie di perhentian bas itu daripada pukul dua petang tadi lagi.

3. Ely menerima surat dari Elyas yang tinggal di Kampung Semanggol.

4. Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya pinjam itu.

5. Baju batik yang dipakai oleh Nadia itu dibuat dari sutera asli.

6. Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor sahaja yang dapat hidup dengan sihat.

7. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang hasil jualan duriannya.

8. Rahayu berkebun sayur-sayuran pada belakang rumahnya.

9. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan sebelum tahun baru Cina ini. 

10. Buku cerita mengenai peperangan kaum Iban itu ada dengan Suzie. 

11. Wang itu diberikan ke Rahmah melalui seorang sahabat yang tinggal di Bahau. 
     
12. Ibu pergi kepada pasar setiap hari untuk membeli barang-barang dapur.

13. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa.

14. Kami jangka akan sampai di Melaka pada pukul 3.00 petang.

15. Sampaikan salam saya pada bapa awak.

16. Perkara itu akan diteliti dari masa ke semasa supaya memberi manfaat kepada kita.

17. Jika dibandingkan di antara Ahmad dan Hussin, Ahmad lebih pantas berlari.


Sahabat - Aizat




TATABAHASA: KATA SENDI NAMA

ASSALAM & SALAM SEJAHTERA 5A1 & 5A2 MUTIARA

Tajuk : Kata sendi nama.

Kata sendi nama

Kata sendi nama

1. Kata sendi ialah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa lain dalam sesuatu ayat.

2. Yang berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat:
      
Kata Sendi
Penggunaannya
Ayat Contoh
akan/ kepada/ terhadapuntuk menunjukkan emosi dan sikap1. Adik sayang akan kucing.
2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah.
3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran.
bagi/untukuntuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
  1. Pen itu dibeli untuk anaknya.
  2. Jamuan itu bagi guru-guru baru.
dariuntuk menunjukkan tempat dan masa
  1. Mereka baru pulang dari Johor.
  2. Dia tidak sedar diri dari pagi tadi.
daripadauntuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor.
2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.
3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada muridmurid sekolah.
diuntuk tempatDi dalam dompet itu ada wang.
denganuntuk menyatakan makna bersama-lama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatusebagai alat1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya.
2. Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah.
3. Adik menulis dengan pensel.
4. Markah saya sama dengan markahnya.
hingga/
sampai
untuk menunjukkan peringkat masa, tempat,dan had tertentu1. Dia bekerja hingga malam.
2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh.
keuntuk tempat dan benda konkrit1. Kereta api menuju ke Padang Besar.
2. Cawan itu terhempas ke batu.
kepadauntuk menunjukkan orang atau kata ganti diriKes itu diserahkan kepada pihak polis.
olehuntuk menunjukkan perlakuan pasif yangberawalan di- dan ter-1. Buku itu dibaca oleh Salmi.
2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya.
padauntuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu1. Kereta api tiba pada pukul lima petang.
2. Novel itu ada pada Rahim.
3. Perkara itu benar pada pandangan saya.
4. Serikaya itu disapukan pada roti.
sejakuntuk menyatakan makna suatu jangka masaDia tidak makan sejak semalam.
seperti/
umpama/bak
untuk menunjukkan persamaan dengan yanglain1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar.
2. Badannya besar umpama ahli gusti.
3. Hidungnya mancung bak seludang.
tentanguntuk menyatakan makna mengenai sesuatuBeliau berucap tentang masalah penagihan dadah.
 

HUKUM TATABAHASA PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA:

i. ‘di’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda atau arah’.
(‘di’ yang dirapatkan bermaksud imbuhan ‘di….’ dan bukan kata sendi)
Salah:
-Dia tinggal dibelakang rumah saya. (arah)
-Pos itu terletak diantara tol dengan pejabat. (tempat)
-Anda sentiasa dihati saya. (benda)
Betul:
-Dia tinggal di belakang rumah saya.
-Pos itu terletak di antara tol dengan pejabat.
-Anda sentiasa di hati saya.

ii. ‘ke’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda, arah atau masa’.
(‘ke’ yang dirapatkan bermaksud ‘imbuhan ‘ke….’ dan bukan kata sendi)
Salah:
-Dia pergi kebandar itu semalam. (tempat)
-Kami berlari kepokok itu. (benda)
-Dia merantau ketimur Semenanjung. (arah)
-Ahmad belajar dari pagi kemalam hari. (masa)
Betul:
-Dia pergi ke bandar itu semalam.
-Kami berlari ke pokok itu.
-Dia merantau ke timur Semenanjung.
-Ahmad belajar dari pagi ke malam hari.

iii. ‘di’ tidak boleh diikuti dengan ‘masa/ waktu/ zaman/ tahun’. (gunakan ‘pada’)
Salah:
-Dia sampai ke Melaka di waktu malam.
-Di zaman dahulu ada raja yang zalim.
Betul:
-Dia sampai ke Melaka pada waktu malam.
-Pada zaman dahulu ada raja yang zalim.

iv. ‘ke’ untuk perkara belum berlaku. ‘di’ untuk perkara sudah berlaku.
Salah:
-Saya akan sampai di sana sebentar lagi. (belum berlaku)
-Dia telah sampai ke sana pada petang tadi. (sudah berlaku)
Betul:
-Saya akan sampai ke sana sebentar lagi.
-Dia telah sampai di sana pada petang tadi.

v. ‘dari’ hanya untuk ‘masa, arah dan tempat’. (selain itu gunakan ‘daripada’)Salah:
-Saya sampai di sini sejak daripada petang tadi lagi. (masa)
-Pemandu itu datang daripada selatan tanah air. (arah)
-Pemuda bermisai tebal itu berasal daripada Melaka. (tempat)
-Kucing itu berlari daripada pokok kelapa itu. (benda)
Betul:
-Saya sampai di sini sejak dari petang tadi lagi. (masa)
-Pemandu itu datang dari selatan tanah air. (arah)
-Pemuda bermisai tebal itu berasal dari Melaka. (tempat)
-Kucing itu berlari dari pokok kelapa itu. (benda)

vi. ‘daripada’ hanya untuk ‘manusia, asal kejadian, sumber dan ahli’.
Salah:
-Hadiah itu dari ibu saya di Johor Baharu. (manusia)
-Tayar kereta itu diperbuat dari getah asli. (asal kejadian)
-Syair ini saya ambil dari buku Sejarah Melayu Lama. (sumber)
-Peserta itu adalah dari Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli)
Betul:
-Hadiah itu daripada ibu saya di Johor Baharu. (manusia)
-Tayar kereta itu diperbuat daripada getah asli. (asal kejadian)
-Syair ini saya ambil daripada buku Sejarah Melayu Lama. (sumber)
-Peserta itu adalah daripada Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli)

vii. ‘pada’ untuk ‘masa, benda, tampat, dan perkara.
Salah:
-Saya berlatih badminton di pukul lima petang. (masa)
-Dia mengikat kambingnya di pokok besar itu. (benda)
-Di mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara)
Betul:
-Saya berlatih badminton pada pukul lima petang. (masa)
-Dia mengikat kambingnya pada pokok besar itu. (benda)
-Pada/ Dalam mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara)

viii. Jika ayat mempunyai perkataan ‘ada’ hanya ‘pada’ boleh digunakan walaupun untuk manusia.
Salah:
-Buku itu ada kepada Cikgu Saleha.
Betul:
-Buku itu ada pada Cikgu Saleha.

ix. ‘kepada’ digunakan untuk  'Tuhan, manusia, binatang, naik/ turun dan pembahagian’.
Salah:
-Beri surat ini pada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia)
-Chong Seng memberikan susu pada anak kucingnya. (binatang)
-Harga minyak telah meningkat pada USD50setong. (naik/ turun)
-Cikgu Samad membahagikan pelajar itu pada tiga kumpulan. (pembahagian)
Betul:
-Beri surat ini kepada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia)
-Chong Seng memberikan susu kepada anak kucingnya. (binatang)
-Harga minyak telah meningkat kepada USD50 setong. (naik/ turun)
-Cikgu Samad membahagikan pelajar itu kepada tiga kumpulan. (pembahagian)

x. ‘demi’ dan ‘untuk’ tidak boleh digabungkan. (gunakan salah satu sahaja)Salah:
-Saya pergi ke sekolah demi untuk menuntut ilmu pengetahuan.
Betul:
-Saya pergi ke sekolah demi menuntut ilmu pengetahuan.
-Saya pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu pengetahuan.

xi. Pengulangan ‘dari’ untuk masa perlu sama pada bahagian awal dan akhir.Salah:
-Dari masa ke semasa dia sedar juga.
-Dari sehari ke hari dia membesar.
-daripada masa ke semasa dia terus tekun berusaha.
Betul:
-Dari semasa ke semasa dia sedar juga.
-Dari sehari ke sehari dia membesar.
-dari semasa ke semasa dia terus tekun berusaha.
-dari masa ke masa dia terus tekun berusaha.
-dari hari ke hari dia membesar.

xi. ‘di antara' mesti diikuti perkataan ‘dengan’.Salah:
-Sungai itu terletak di antara Melaka dan Johor.
-Bandingkanlah di antara anda dan saya.
-Di antara makan dan minum, dia lebih suka minum.
Betul:
-Sungai itu terletak di antara Melaka dengan Johor.
-Bandingkanlah di antara anda dengan saya.
-Di antara makan dengan minum, dia lebih suka minum

When the smoke is going down - Scorpion