SAJAK KUDUP PERANG
RANGKAP
|
SAJAK
|
MAKSUD
|
PERSOALAN
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
Rangkap 1
|
Sementara
dia bergelar panglima
laskar
perang; yang terus-menerus
membajakan
kezaliman – sering
mengudupkan
putik dendam
kita
masih perlu berterima kasih
kepada
jari-jemari takdir
kerana
membenarkan sepasang mata
untuk
berlari dengan tangan bergari
sempat
juga menadah sejambak puisi
untuk
sehari lagi; sambil bertanya;
siapakah
pahlawan yang asli?
|
Penyajak
mengatakan bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa akan sentiasa membuat
kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun, penyajak masih
bersyukur kerana berpeluang menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan
sejati.
|
Keadilan
dan kesaksamaan selalu digugat oleh pendustaan
|
Keadilan
|
Kita
haruslah bersikap adil dan saksama supaya tidak melakukan kezaliman
|
Rangkap 2
|
Memang
kita tidak sempat menjenguk
ke
luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik
kuda, gemerincing
pedang
pusaka
dan darah
yang tiba-tiba membuak
di
daerah angkara – perciknya
menumbuhkan
kelopak rahsia
dalam
keliru, tertanya-tanya kita
tangan
mana yang memenggal
leher
sang pendusta?
|
Penyajak
sedar bahawa kita yang hidup pada zaman ini tidak berpeluang menjadi saksi pertelingkahan
antara mereka. Perlbagai kekeliruan tentang kepahlawanan sebenar menyebabkan
manusia tertanta-tanya tentang pemimpin sebenar yang benar-benar
berkewibawaan mencipta sejarah.
|
Kekeliruan
dalam menyanjung pemimpin sebenar
|
Rasional
|
Kita
mestilah biajk memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa dalam menerajui
sesebuah organisasi
|
Rangkap 3
|
Andai
namamu Tuah, kita masih
tidak
mahu
menyanjungnya
pendekar paling gagah
kerana
takhta setia terbina
di
istana wangsa
bukanlah
penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali
turut direntakan daki pendusta
melekatlah
selumbar sengsara
di
tiang maruah kota
|
Penyajak
tidak mahu menyanjung tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan
tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan bersikap
saksama walaupun adanya pendustaan sehingga sanggup membiarkan kesengsaraan
berlaku di kota.
|
Usaha
untuk mencari kebenaran tentang pahlawan dan pengkhianat
|
Keberanian
|
Kita
hendaklah berani untuk mencari jawapan yang sahih agar tidak membuat keputusan
yang salah
|
Rangkap 4
|
Andai
namamu Jebat, kita masih tidak
menggelarnya
sebagai pengkhianat
kerana
kita masih menangisi
peta
keadilan yang tersirat – nun, karam
di
lautan kesumat
sedang
warga memanggilnya keramat
|
Penyajak
juga tidak menganggap Jebat sebagai sebagai pengkhianat kerana dia masih
mengingati perjuangan Jebat mempertahankan keadilan. Namun, pengikut Jebat
telah beranggapan bahawa Jebatlah
pemimpin yang sebenar.
|
|
keadilan
|
|
Rangkap 5
|
Perang
pun melecurkan lidah muslihat
bercabang
lalu bertemu bayu palsu;
bertiup
dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
mewarnakan
keindahan pada hodohnya
menjungkitkan
amarah pada damainya
teramat
lara kita menjahit semula
perca-perca
bahagia – seperti perawan
yang
dibungkamkan cinta pertama.
|
Penyajak
menginsafi bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita palsu yang
menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan
keganasan dalam kehidupan yang damai. Oleh itu, usaha untuk membangunkan
negara amatlah sukar.
|
Sifat
mementingkan diri dalam kalangan pemimpin
Peperangan
membawa kesengsaraan hidup
|
Keinsafan
|
Kita
mestilah insaf bahawa peperangan dan perbalahan tidak akan mendatangkan
kebaikan
Kita hendaklah gigih berusaha untuk membina kebahagiaan
supaya hidup lebih bermakna
|
Rangkap 6
|
Sehingga
senja tiba,
kita
masih bertengkar
tentang
siapa
pahlawan
sebenarnya.
|
Penyajak
sedar bahawa sehingga kini masyarakat masih bertengkar untuk menentukan atau
pemimpin sebenar yang benar-benar
memiliki ketokohan untuk menerajui sesebuah organisasi
|
|
|
|
Nada
: Patriotik
Gaya Bahasa :
1. Simile
– seperti perawan
2. Metafora
– peta keadilan, putik dendam
3. Hiperbola
– daerah angkara, selumbar sengsara
4. Sinkof
– namamu
5. Inversi
– sesekali turut direntakan daki pendusta
saya jadikan rujukan salinan
ReplyDeletenice
ReplyDeletegue akan jadikan rujukan
ReplyDeletethanks
ReplyDeleteInnalillah...
ReplyDeleteApakah maksud teramat lara kita menjahit semula
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteGood luck spm 2020💪💪
ReplyDeleteThanks so much
ReplyDelete