DRAMA BUKAN GILA:
A. SINOPSIS:
ADEGAN I
A. SINOPSIS:
ADEGAN I
Drama ini mengisahkan tentang Azmir yang
dimasukkan ke wad kerana dikatakan kurang siuman. Semasa di dalam wad, fikirannya
bercelaru dan dengan membayangkan kehadiran Ani, bapa dan Pak Haji serta berdialog dengan
mereka. Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaan prinsip yang
menjadi pegangan Azmir.
ADEGAN II
Azmir telah dilawati oleh doktor. Doktor
telah mengizinkan Azmir untuk keluar bersiar-siar dari wad pesakit jwa. Namun
begitu, doktor berpesan supaya Azmir tidak pergi jauh, hanya di kawasan wad
sahaja.
ADEGAN III
Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan
lakonan yang diarahkan oleh Arif dan tiga orang pelakon. Setiap watak
menyatakan prinsip hidup yang berbeza tentang dunia. ( dunia
ialah kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula berpendapat
bahawa yang penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang
prorakyat. Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya. Dialog mereka
berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau realiti. Azmir
berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan kemenangan
sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering melaung
kesakitan pada kepalanya. Azmir diragui oleh kawan-kawannya sama ada Azmir
benar-benar sakit atau hanya lakonan.
Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa
Azmir kembali ke wad setelah tiga hari telah hilang.
ADEGAN IV
Arif, Pelakon 1, Pelakon 2 dan Pelakon 3
telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka ingin mendapatkan maklumat latar
belakang hidup Azmir. Ibu bapa Azmir nenceritakan kisah Azmir yang tinggal
dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berpelakuan aneh apabila berada dalam tingkatan 6 dan tidak dapat menamatkan pengajian di
universiti. Dia jugamenggunakan nama W.A. Domski dan bercakap dalam bahasa
Indonesia. Rakan Azmir pula mempunyai persepsi yang berbeza tentang diri Azmir. Rakan Azmir berpendapat mungkin Azmir
kekurangan kasih saying dan sokongan daripada kedua ibubapa. Pelakon 2 pula berpendapat
Azmir sedang menanggung kesakitan yang berat. Pelakon 1 pula berpendapat mereka
perlu membantu Azmir kerana pada tanggapannya dia memerlukan kasih sayang,
bukan cemuhan dan penghinaan.
ADEGAN V
Azmir bermonolong tentang kisah lampau
hidupnya bercinta dengan Ani. Azmir juga bermonolong tentang suka duka
kehidupannya.Manusia sering tertipu dengan keindahan dunia tanpa pertimbangan
yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk hidup bersendiri dan menilai cinta
dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupan
ADEGAN VI
Berita kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar
pada 21 Jun 1993. Kematiannya amat mengejutkan dan dikaitkan berpunca daripad
penyakit barah otak dilamainya. Ani menyesal kerana meninggalkan Azmir
2.0 PEMIKIRAN/ TEMA:
Setiap
orang mempunyai prinsip hidup dan ideologi yang berbeza yang boleh mempengaruhi
tindakan/cara hidup.
3.0 PERSOALAN
1. Perbezaan
pemikiran dan tindakan menyebabkan
seseorang itu dianggap janggal
oleh masyarakat sekeliling. - Azmir dianggap gila
kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang hidup (cinta, sifat kemanusiaan, prinsip
hidup) berbanding orang lain.
2. Kepentingan cinta dan kasih sayang
Contoh:
Cinta dan kasih sayang amat penting bagi menjamin kebahagiaan
3. Rencah kehidupan
Contoh:
hidup ini ibarat roda yang berputar, ada suka dan dukanya.
4. Dunia ini ibarat pentas lakonan. Contoh: dalam kehidupan di dunia ini,
manusia ialah pelakonnya yang membawa pelbagai watak
5. Kesakitan boleh membawa penderitaan
Contoh:
Azmir yang menanggung kesakitan kerana menghidap barah otak.
6. Sokongan daripada ahli keluarga terdekat
boleh memberi kekuatan dalam menghadapi
cabaran hidup. Contoh: Azmir menanggung cabaran hidup tanpa sokongan ibu
bapa dan kekasih hati.
7. Keprihatinan
perlu ada dalam diri setiap manusia.
Contoh:Tindakan para
pelakon yang mengunjungi rumah Azmir untuk
mengetahui latar belakang hidup
Amir
8. Setiap orang perlu mempunyai sikap
bantu-membantu .
Contoh : Para pelakon
yang membantu mengurangkan kesakitan dengan
memicit-micit kepalanyA
D. PERSOALAN, NILAI, PENGAJARAN, WATAK, LATAR MASYARAKAT
PERISTIWA
|
PERSOALAN
|
PERWATAKAN
|
LATAR MASYARAKAT
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
Azmir yang menghidap penyakit barah
otak melawan penyakitnya itu bersendirian tanpa ibu dan ayahnya mengetahui
tentang penyakitnya
|
Ketabahan
seorang pesakit melawan penyakit
|
Seorang yang
tabah
|
Masyarakat yang tabah
|
ketabahan
|
Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan
hidup
|
Azmir berterima kasih kepada ayah dan ibunya yang
telah melahirkan dan membesarkannya.
|
Penghargaan seorang anak terhadap ibu bapanya
|
Seorang yang menghargaijasa
|
Masyarakat yang menghargai jasa
|
Mengenang jasa
bertanggungjawab
|
Kita hendaklah mengenang jasa orang lain
|
Azmir mengucapkan terima kasih kepada petani,
nelayan dan buruh perkasa yang telah membangunkan rakyatdan negara.
|
Penghargaan terhadap insan yang berjasa
|
Seorang yang menghargai jasa
|
Masyarakat yang menghargai jasa
|
Mengenang jasa
|
Kita hendaklah mengenang jasa orang lain
|
Azmir
amat setia mencintai Ani tetapi Ani telah meninggalkannya sewaktu Azmir
berhadapan dengan sakit barah otak
|
Kesetiaan seseorang terhadap kekasih
|
Seorang
yang setia
|
Masyarakat yang setia
|
Kesetiaan
|
Kita hendaklah setia
kepada seseorang
|
Azmir mempertikaikan sikap Pak haji
yang sepatutnya prihatin terhadap penderitaan yang dilaluinya dan orang yang
senasib dengannya
|
Prihatin terhadap masyarakat yang menghadapi masalah
|
Seorang
yang prihatin
|
Masyarakat yang prihatin
|
Mengambil berat
|
Kita hendaklah prihatin terhadap masalah orang lain
|
Kiss and say goodbye/ (Manhattan) 1977
No comments:
Post a Comment