Untuk murid-murid 5A1 & 5A2:
Bab 1: Melontar puing duka:
Bab 1: Melontar puing duka:
Semasa di homestay miliknya,
Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan diri seorang wanita
yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses (berkeinginan) dengan
kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan
hidungnya yang kemek yang menjadi ejekan
kepada kawan-kawannya seperti Si Nuar,
Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas
nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat
diredakan.
Di pekarangan
homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda.
Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh
pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut
kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah
menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur
pedas, pansuh manok(burung) dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli
Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun
buah-buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain
itu, pelancong juga diberi penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda
terus menyiapkan tugasannya untuk memajukan lagi homestay itu.
Bab 2: Dayang Muda
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang
tentang 2 lawatan institusi pelancongan
dan lawatan Putera Andrew ke Rumah
Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga
menyenaraikan barang-barang yang penting
untuk dipamerkan bagi menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak kepada
rombongan yang hadir.
Kehadiran para pelancong ini
menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di sebalik kehadiran pelancong
itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan
Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah
dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi
bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana
bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya
tidak melakukan apa yang dihajatinya.
Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut.
Seekor monyet Belanda telah menerpa
masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu
telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk
mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan
antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan
pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.
Bab 3: Katarsis
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi
itu ditemani oleh Ibu Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta
pacuan empat roda (Prado). Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan
sebagai jurutera di petronas telah pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan
perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka agak lancar tetapi
apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya tersekat-sekat
akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi.
Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput
kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya
Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan
yang dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri
Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan
sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada
Perikatan Bandar Sihat Sedunia.
Mereka sempat sampai ke
lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya
yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan
katarsis.
Sesampainya di lapangan
Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah Bazilah iaitu kawan satu university
dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di
Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
Bab 4: Semarak Api Semarak Hati:
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum
dengan kebersihan bandar raya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai
yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat
peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang berbunga. Rentetan daripada
itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah
dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia
sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah.
Waheeda akan tinggal di salah
sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik
Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa
mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia.
Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr
Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital
Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam
sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik yang
akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan
pembetulan di kelopak matanya.
Waheeda dan Bazilah
sudah berada di Silicon Medical Centre
(CMC). Di sini, Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan
dokumen perubatan dari hospital di Sarawak.
Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk proses pembedahan
tersebut.
Bab 5: Doa Selamat
Pada malam itu, Waheeda
menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya. Apabila Ghazi
menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada ibunya,
Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang
bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan
masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket
kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada
anaknya itu kononnya untuk menolak bala.
Di rumah Bazilah, Waheeda
menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura.
Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba
ibunya sudah berada di depan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan
menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu
dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran
ibunya.
Pada keesokan pagi,
Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma
Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar
dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu
juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati
yang tabah demi kecantikan wajahnya.
No comments:
Post a Comment