UNTUK MURID 5A1 DAN 5A2....
Tajuk: Sinopsis Keseluruhan Novel Tirani.
TIRANI mengisahkan tentang seorang
gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan berhidung mancung
kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas
nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan
batas-batas pergaulan sebagai isteri.
Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang
hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya
menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang
pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid,
anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk
Yasser. Kecantikan dan
kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang
merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat
dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat
memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam
sehingga jatuh sakit jiwa
setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu
berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan
ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam
bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland.
Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik
kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di
chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah
hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI (tidak kekal
selama-lamanya).
No comments:
Post a Comment