Sunday, June 19, 2016

SAJAK TINGKATAN 5 : KUDUP PERANG.

SAJAK KUDUP PERANG

RANGKAP
SAJAK
MAKSUD
PERSOALAN
NILAI
PENGAJARAN
Rangkap 1
Sementara dia bergelar panglima
laskar perang; yang terus-menerus
membajakan kezaliman – sering
mengudupkan putik dendam
kita masih perlu berterima kasih
kepada jari-jemari takdir
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
untuk sehari lagi; sambil bertanya;
siapakah pahlawan yang asli?
Penyajak mengatakan bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa akan sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun, penyajak masih bersyukur kerana berpeluang menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan sejati.
Keadilan dan kesaksamaan selalu digugat oleh pendustaan
Keadilan
Kita haruslah bersikap adil dan saksama supaya tidak melakukan kezaliman
Rangkap 2
Memang kita tidak sempat menjenguk
ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak
di daerah angkara – perciknya
menumbuhkan kelopak rahsia
dalam keliru, tertanya-tanya kita
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?
Penyajak sedar bahawa kita yang hidup pada zaman ini tidak berpeluang menjadi saksi pertelingkahan antara mereka. Perlbagai kekeliruan tentang kepahlawanan sebenar menyebabkan manusia tertanta-tanya tentang pemimpin sebenar yang benar-benar berkewibawaan mencipta sejarah.
Kekeliruan dalam menyanjung pemimpin sebenar
Rasional
Kita mestilah biajk memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa dalam menerajui sesebuah organisasi
Rangkap 3
Andai namamu Tuah, kita masih
tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota
Penyajak tidak mahu menyanjung tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan bersikap saksama walaupun adanya pendustaan sehingga sanggup membiarkan kesengsaraan berlaku di kota.
Usaha untuk mencari kebenaran tentang pahlawan dan pengkhianat
Keberanian
Kita hendaklah berani untuk mencari jawapan yang sahih agar tidak membuat keputusan yang salah
Rangkap 4
Andai namamu Jebat, kita masih tidak
menggelarnya sebagai pengkhianat
kerana kita masih menangisi
peta keadilan yang tersirat – nun, karam
di lautan kesumat
sedang warga memanggilnya keramat
Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai sebagai pengkhianat kerana dia masih mengingati perjuangan Jebat mempertahankan keadilan. Namun, pengikut Jebat telah beranggapan  bahawa Jebatlah pemimpin yang sebenar.

keadilan

Rangkap 5
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula
perca-perca bahagia – seperti perawan
yang dibungkamkan cinta pertama.

Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita palsu yang menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang damai. Oleh itu, usaha untuk membangunkan negara amatlah sukar.
Sifat mementingkan diri dalam kalangan pemimpin

Peperangan membawa kesengsaraan hidup
Keinsafan
Kita mestilah insaf bahawa peperangan dan perbalahan tidak akan mendatangkan kebaikan

Kita hendaklah gigih berusaha untuk membina kebahagiaan supaya hidup lebih bermakna
Rangkap 6
Sehingga senja tiba,
kita masih bertengkar
tentang siapa
pahlawan sebenarnya.

Penyajak sedar bahawa sehingga kini masyarakat masih bertengkar untuk menentukan atau pemimpin  sebenar yang benar-benar memiliki ketokohan untuk menerajui sesebuah organisasi




Nada : Patriotik
Gaya Bahasa :
1.      Simile – seperti perawan
2.      Metafora – peta keadilan, putik dendam
3.      Hiperbola – daerah angkara, selumbar sengsara
4.      Sinkof – namamu

5.      Inversi – sesekali turut direntakan daki pendusta


DRAMA TINGKATAN 5 : BUKAN GILA

DRAMA BUKAN GILA:

A. SINOPSIS:
ADEGAN I
Drama ini mengisahkan tentang Azmir yang dimasukkan ke wad kerana dikatakan kurang siuman. Semasa di dalam wad, fikirannya bercelaru dan dengan membayangkan kehadiran Ani,  bapa dan Pak Haji serta berdialog dengan mereka. Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaan prinsip yang menjadi  pegangan  Azmir.

ADEGAN II
Azmir telah dilawati oleh doktor. Doktor telah mengizinkan Azmir untuk keluar bersiar-siar dari wad pesakit jwa. Namun begitu, doktor berpesan supaya Azmir tidak pergi jauh, hanya di kawasan wad sahaja.

ADEGAN III
Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan tiga orang pelakon. Setiap watak menyatakan  prinsip  hidup yang berbeza tentang dunia. ( dunia ialah kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula berpendapat bahawa yang penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang prorakyat. Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya. Dialog mereka berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau realiti. Azmir berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan kemenangan sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering melaung kesakitan pada kepalanya. Azmir diragui oleh kawan-kawannya sama ada Azmir benar-benar sakit atau hanya lakonan.
Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir kembali ke wad setelah tiga hari telah hilang.

ADEGAN IV
Arif, Pelakon 1, Pelakon 2 dan Pelakon 3 telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka ingin mendapatkan maklumat latar belakang hidup Azmir. Ibu bapa Azmir nenceritakan kisah Azmir yang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berpelakuan aneh apabila berada  dalam tingkatan 6  dan tidak dapat menamatkan pengajian di universiti. Dia jugamenggunakan nama W.A. Domski dan bercakap dalam bahasa Indonesia. Rakan Azmir pula mempunyai persepsi yang berbeza tentang diri  Azmir. Rakan Azmir berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasih saying dan sokongan daripada kedua ibubapa. Pelakon 2 pula berpendapat Azmir sedang menanggung kesakitan yang berat. Pelakon 1 pula berpendapat mereka perlu membantu Azmir kerana pada tanggapannya dia memerlukan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan.

ADEGAN V
Azmir bermonolong tentang kisah lampau hidupnya bercinta dengan Ani. Azmir juga bermonolong tentang suka duka kehidupannya.Manusia sering tertipu dengan keindahan dunia tanpa pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk hidup bersendiri dan menilai cinta dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupan

ADEGAN VI
Berita kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21 Jun 1993. Kematiannya amat mengejutkan dan dikaitkan berpunca daripad penyakit barah otak dilamainya. Ani menyesal kerana meninggalkan Azmir

2.0     PEMIKIRAN/ TEMA:
Setiap orang mempunyai prinsip hidup dan ideologi yang berbeza yang boleh mempengaruhi tindakan/cara hidup.

3.0     PERSOALAN
1.       Perbezaan pemikiran  dan tindakan menyebabkan seseorang itu dianggap                             janggal oleh masyarakat sekeliling. - Azmir dianggap gila kerana mempunyai                         pandangan yang berbeza tentang  hidup (cinta, sifat kemanusiaan, prinsip hidup)                 berbanding orang lain.

2.       Kepentingan cinta dan kasih sayang
          Contoh: Cinta dan kasih sayang amat penting bagi menjamin kebahagiaan

3.       Rencah kehidupan
          Contoh: hidup ini ibarat roda yang berputar, ada suka dan dukanya.

4.       Dunia ini ibarat pentas lakonan.   Contoh: dalam kehidupan di dunia ini, manusia ialah           pelakonnya yang  membawa pelbagai watak

5.       Kesakitan boleh membawa penderitaan
          Contoh: Azmir yang menanggung kesakitan kerana menghidap barah otak.

6.       Sokongan daripada ahli keluarga terdekat boleh memberi kekuatan dalam                             menghadapi cabaran hidup.  Contoh: Azmir  menanggung cabaran hidup tanpa                     sokongan ibu bapa dan  kekasih hati.

7.       Keprihatinan perlu ada dalam diri setiap manusia.
Contoh:Tindakan para pelakon yang mengunjungi rumah Azmir untuk
             mengetahui latar belakang hidup Amir

8.       Setiap orang perlu mempunyai sikap bantu-membantu .
Contoh : Para pelakon yang membantu mengurangkan kesakitan dengan

               memicit-micit kepalanyA


D. PERSOALAN, NILAI, PENGAJARAN, WATAK, LATAR MASYARAKAT

PERISTIWA
PERSOALAN
PERWATAKAN
LATAR MASYARAKAT
NILAI
PENGAJARAN

Azmir yang menghidap penyakit barah otak melawan penyakitnya itu bersendirian tanpa ibu dan ayahnya mengetahui tentang penyakitnya

Ketabahan seorang pesakit melawan penyakit


Seorang  yang tabah

Masyarakat yang tabah

ketabahan

Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup

Azmir berterima kasih kepada ayah dan ibunya yang telah melahirkan dan membesarkannya.

Penghargaan seorang anak terhadap ibu bapanya


Seorang yang menghargaijasa

Masyarakat yang menghargai jasa

Mengenang jasa

bertanggungjawab

Kita hendaklah mengenang jasa orang lain

Azmir mengucapkan terima kasih kepada petani, nelayan dan buruh perkasa yang telah membangunkan rakyatdan  negara.

Penghargaan terhadap insan yang berjasa


Seorang yang menghargai jasa

Masyarakat yang menghargai jasa

Mengenang jasa



Kita hendaklah mengenang jasa orang lain

Azmir amat setia mencintai Ani tetapi Ani telah meninggalkannya sewaktu Azmir berhadapan dengan sakit barah otak

Kesetiaan seseorang terhadap kekasih


Seorang  yang  setia

Masyarakat yang setia

Kesetiaan

Kita hendaklah  setia kepada seseorang

Azmir mempertikaikan sikap Pak haji yang sepatutnya prihatin terhadap penderitaan yang dilaluinya dan orang yang senasib dengannya

Prihatin terhadap masyarakat yang menghadapi masalah


Seorang  yang  prihatin

Masyarakat yang prihatin

Mengambil berat

Kita hendaklah  prihatin terhadap masalah orang lain


Kiss and say goodbye/ (Manhattan) 1977



DRAMA TINGKATAN 5 : GERHANA MANUSIA

DRAMA GERHANA MANUSIA:

A.  SINOPSIS:
Mengisahkan Aku (Nusia) yang tidak berpuas hati apabila Doktor Murni ingin memasukkan darah kepada Tuan Besar Musa yang sedang koma di Wad Unit Rawatan Rapi. Aku beranggapan Tuan Besar tidak layak hidup kerana dia bukanlah seorang yang baik.
Sebenarnya Tuan Besar bukanlah seorang yang baik kerana dia koma disebabkan perbuatannya yang mengambil minuman keras selama bertahun-tahun. Selain itu, mereka telah memasukkan 50 pek darah dan sebanyak itu jugalah yang keluar.
Namun sebaliknya bagi Profesor Doktor Juaidi yang mempunyai kepentingan tersendiri yang mahukan Tuan Besar itu terus hidup. Aku merasakan terdapat nyawa lain yang lebih memerlukan darah tersebut. Misalnya seperti Solehah yang tenat akibatnya pundi janinnya pecah di ovari, Al-Hafiz patah riuk tulang selangkanya, bayi buangan yang kekeringan darah, gadis malang yang hampir mati serta mahasiswa yang mengalami leukemia.
Konflik timbul apabila Profesor Doktor Juaidi tetap mengarahkan mereka mendapatkan 10 pek darah untuk Tuan Besar sedangkan hospital telah kehabisan stok darah. Aku merasakan dunia ini tidak adil kerana orang lebih memerlukan darah tidak mendapatnya dan hanya diberi gelafundin (seakan-akan darah).
Tuan Besar Musa akhirnya gagal diselamatkan. Hal ini menyebabkan Doktor Juaidi berasa tertekan atas kematian Tuan Besar Musa kerana Kelab Elit mereka akan kehilangan tajaan sebanyak RM 100 ribu. 
Doktor Murni mengambil keputusan dengan menyerahkan surat perletakan jawatannya di hospital itu atas dasar ingin menjadi doktor atas nilai kemanusiaan. Seterusnya doktor Murni mengajak Nusia ke bank darah mendermakan darah mereka kepada pesakit yang sedang koma di Unit Rawatan Rapi.

B. TEMA:
Sikap mementingkan ganjaran sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan
Profesor Doktor Juaidi mementingkan ganjaran dalam melaksanakan tanggung jawabnya sehingga mengabaikan nilai kemanusian terhadap pesakit di hospitalnya

C. PERSOALAN:
1. Persoalan bertanggung jawab dalam melaksanakan tugas. Contohnya, Doktor Murni dan Nusia bertanggung jawab merawat semua pesakit tanpa mengira darjat dan pengkat

2. Persoalan keprihatinan terhadap nasib yang menimpa orang lain. Contohnya, Doktor Murni dan Nusia prihatin terhadap Solehah yang sedang koma akibat pundi janinnya pecah di ovari dan memerlukan darah yang banyak. Oleh itu, mereka mengambil tiga pek darah daripada bank darah.

3. Persoalan berbuat baik terhadap orang yang memerlukan bantuan. Contohnya, Doktor Murni sanggup mendermakan darahnya kepada pesakit yang sangat memerlukan darah di Unit Rawatan Rapi.

4. Persoalan tentang keberanian membuat keputusan.  Contohnya, Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan sebagai doktor daripada melakukan ketidakadilan terhadap orang lain.

D. NILAI:
1. Bertanggung jawab.  Contohnya, Doktor Murni dan Nusia bertanggung jawab merawat semua pesakit tanpa mengira darjat dan pengkat.

2. Keprihatinan. Contohnya, Doktor Murni dan Nusia prihatin terhadap Solehah yang sedang koma akibat pundi janinnya pecah di ovari dan memerlukan darah yang banyak. Oleh itu, mereka mengambil tiga pek darah daripada bank darah.

3. Baik hati.  Contohnya, Doktor Murni sanggup mendermakan darahnya kepada pesakit yang sangat memerlukan darah di Unit Rawatan Rapi. 

4. Keberanian.  Contohnya, Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan sebagai doktor daripada melakukan ketidakadilan terhadap orang lain.

E. PENGAJARAN:
1. Kita perlulah bertanggung jawab dalam melaksanakan tugas. Contohnya,  Contohnya, Doktor Murni dan Nusia bertanggung jawab merawat semua pesakit tanpa mengira darjat dan pengkat.

2. Kita haruslah prihatin terhadap nasib orang yang dalam kesusahan. Contohnya, Doktor Murni dan Nusia prihatin terhadap Solehah yang sedang koma akibat pundi janinnya pecah di ovari dan memerlukan darah yang banyak. Oleh itu, mereka mengambil tiga pek darah daripada bank darah.

3. Kita mestilah berbuat baik terhadap orang yang memerlukan bantuan. Contohnya, Doktor Murni sanggup mendermakan darahnya kepada pesakit yang sangat memerlukan darah di Unit Rawatan Rapi.


4. Kita perlulah berani membuat keputusan. Contohnya, Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan sebagai doktor daripada melakukan ketidakadilan terhadap orang lain.




Wednesday, April 20, 2016

PERSOALAN KEBIJAKSANAAN DALAM NOVEL TIRANI

PERSOALAN:

Persoalan kebijaksanaan berikhtiar dalam menyelesaikan masalah.

Isi 1/ contoh 1:  Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling  Dr. Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur)

Isi 2/ contoh 2:  Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka.

Isi 3/ contoh 3: Pak Cik Aziz meminta Waheeda dan Ghazi mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-Iwani sebelum pihak bank menyita segala aset perniagaan beliau.

KARANGAN : PUNCA, KESAN DAN LANGKAH MENGATASI JEREBU

KARANGAN BENTUK PERBINCANGAN:

Tajuk: Punca berlakunya jerebu, kesan jerebu dan langkah mengatasi jerebu.



          Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini, masyarakat pada hari ini sering berhadapan dengan masalah jerebu yang bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi. Fenomena jerebu ini seolah-olah telah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana telah acapkali melanda negara kita. Pada tahun 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan jerebu yang teruk di Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun 2006, masalah jerebu turut berlaku sekali lagi. Masalah jerebu yang banyak mengundang kontroversi ini, sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca, persis kata orang tua-tua , “ jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang ”.

          Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebu ialah pembakaran hutan secara besar-besaran. Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu meningkat . Hal ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini. Di negara jiran kita, Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak Indonesia ingin membina infrastruktur yang baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuh raya. Hal ini mengakibatkan pembakaran hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup dari Sumatera ke Malaysia, angin tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke negara kita. Natijahnya, udara kita semakin tecemar sementelahan pula Indeks Pencemaran Udara di negara kita melebihi paras berbahaya. Oleh itu, pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu serta bahan yang telah separuh bakar berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu.

          Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah rakyat negara pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Jadi, mereka telah mengambil jalan mudah dengan membakar sampah sarap mereka tanpa kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu yang sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan jerebu.

          Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya. Kenderaaan yang tidak dilengkapi pengubah pemangkin telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap pencemar. Gas-gas pencemar ini merupakan bahan terampai yang memenuhi udara. Gas-gas yang dibebaskan pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan sebaliknya terperangkap dalam lapisan bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai selimut yang menutupi bumi. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.

          Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang tidak terkawal. Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. Malangnya, sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal dan tidak mengikut prosedur tertentu akan memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi.


          Antara kesan negatif yang disebabkan oleh jerebu ialah kualiti udara negara kita akan terjejas. Udara negara kita yang segar dan bersih akan dipenuhi oleh debu dan asap setiap kali jerebu melanda sehinggalah jarak penglihatan mendatar yang dahulunya sejauh 2 kilometer menjadi 50 meter. Sebagai contoh, pada bulan Ogos 2005, negara kita dilanda jerebu yang paling teruk dalam sejarah negara kita, di mana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang mencecah lebih 500 buat kali pertama di Malaysia sehingga darurat diisytiharkan di kedua-dua kawasan tersebut, justeru segala aktiviti luar tidak dapat dijalankan dan kebanyakan sekolah, pelabuhan dan kilang ditutup buat sementara. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluhbahawa jelaslah jerebu boleh mendatangkan keburukan terhadap negara kita.

         Jerebu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan rakyat. Golongan yang lebih lemah seperti kanak-kanak dan warga tua mudah jatuh sakit. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Penyakit-penyakit selesema dan batuk akan mudah merebak. Misalnya, pesakit-pesakit asma dan penyakit respiratori mudah diserang penyakit pernafasan lain. Hal ini berlaku kerana pernafasan mereka menjadi tidak baik dan ditambah pula udara yang kurang bersih maka kesihatan mereka akan mudah terancam. Dalam jangka masa yang panjang, kita juga mungkin akan sakit kerongkong, kegatalan kulit, kemerahan mata dan sebagainya. Dengan itu, jelaslah bahawa jerebu membawa kesan negatif kepada kesihatan orang ramai.
        Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut terjejasakibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari pendapatan buat sementara waktu. Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang lebih serius akan timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu. Sumber pendapatan negeri-negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam negeri malah dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.
          Jika dilihat dari perspektif lain, masalah jerebu dapat menjejaskan flora dan fauna di negara kita. Apabila jerebu berlaku, kandungan karbon dioksida berlipat ganda daripada kandungan yang biasa, sebaliknya kandungan oksigen akan kurang daripada yang biasa. Hal ini akan menyebabkan tanaman akan mengambil masa yang lebih lama untuk membesar. Kualiti dan hasil tanaman juga akan merosot. Hal ini disebabkan oleh proses fotosintesis yang terjejas akibat kandungan karbon dioksida yang berlebihan. Proses pernafasan yang melibatkan penyerapan gas oksigen dan pembebasan gas karbon dioksida ini menyebabkan tumbuhan hijau tumbuh dengan lebih lama. Misalnya, pokok balak akan mengambil masa yang lebih panjang untuk matang. Secara tegasnya, hasil dan kualiti pertanian boleh terjejas sehingga 30 peratus. Sumber petani akan turut terjejas sekali gus ekonomi negara yang bergantung pada pertanian turut terjejas. Bagi fauna pula, hidupan akuatik akan terjejas kerana kandungan oksigen yang terlarut dalam air pula akan berkurang dan hidupan akuatik seperti ikan-ikan tidak akan mendapat oksigen yang secukupnya. Jelaslah bahawa masalah jerebu akan menjejaskan flora dan fauna negara.

      Jerebu dapat diatasi dengan cara mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu mahupun syarikat yang melakukan pembakaran awam terutamanya di kawasan ladang. Contohnya, pihak kerajaan Indonesia telah bertegas akan mengenakan tindakan undang-undang dan denda kepada syarikat dan orang perseorangan yang menjalankan pembersihan ladang menggunakan kaedah tebang dan bakar secara tidak sah.

Pembenihan awan dilakukan bagi memastikan hujan turun kerana hujan merupakan pembersih udara semula jadi yang terbaik. Menyedari hakikat itu, pihak Jabatan Alam Sekitar telah berkerjasam dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awam khusunya di kawasan sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor. Usaha ini dilakukan melalui dengan menyembur larutan garam iodid ke dalam gumpalan awam kumulusnimbus. Larutan garam iodid bertindak sebagai nukleus kondensasi menarik wap-wap air dalam awan tersebut bagi tujuan mempercepatkan pembentukkan hablur-hablur air.
Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan alamsekitar iaitu samada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga bolehdijalankan oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukankepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanaksekolah. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Aktiviti ini dianggap penting kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar. Selain itu juga melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaran orang ramai kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam sekitar atau terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan mengenai soal alam sekitar adalah didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyat di negara lebih maju

Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa, orang awam haruslah bertangungjawab dan sama-sama menjaga alam sekitar ini. Antara tindakan  yang boleh dibuat ialah elakan mengunakn kenderan persendirian sebaliknya gunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik kenderaan tersebut hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap hitam dengan mengambil langkah-langkah yang ideal contohnya hantar kereta ke bengkel untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak supaya berada dalam keadaan baik. Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika terdapat pembakaran sisa pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS mengenai sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan oleh industri, tred dan ladang-ladang.