RUMUSAN SPM: PEMBANTU RUMAH WARGA ASING
Baca petikan di bawah dengan
teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang perkara-perkara
negatif yang dilakukan oleh pembantu rumah warga asingdan cara menangani
perkara tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.
_________________________________________________________________________
Sehingga Mei 2004, terdapat kira-kira 25 ribu orang pembantu rumah warga asing
di Malaysia. Daripada jumlah itu, 90 peratus merupakan warga Indonesia dan
bakinya warga Filipina, Thailand, India dan Nepal. Pengambilan pembantu rumah
yang terdiri daripada warga asing membuktikan bahawa ramai rakyat Malaysia yang
memerlukan khidmat pembantu rumah untuk membantu menguruskan kerja-kerja rumah.
Dengan ini majikan dapat menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja di pejabat
atau menguruskan perniagaan mereka.
Malangnya ramai antara kita yang mengambil jalan singkat untuk mendapatkan
pembantu rumah melalui agensi-agensi yang tidak berdaftar. Malah selepas
mendapat pembantu rumah, majikan biasanya tidak menyelidik dan bertanya lebih
lanjut tentang latar belakang pembantu rumah mereka. Tindakan mereka ini
selalunya akan mengundang musibah yang tidak terduga kemudian hari. Hal-hal
yang tidak diingini ini terjadi kerana majikan biasanya akan menyerahkan
sepenuhnya pengurusan rumah tangga kepada pembantu rumah.
Walaupun tidak semua pembantu rumah warga asing ini menjadi duri dalam daging
kepada majikan tetapi terdapat kes-kes pembantu rumah yang mendera anak majikan
mereka sehingga cedera. Sering juga kita mendengar pembantu rumah yang cuai
dalam melakukan tugasan mereka sehingga anak-anak yang dijaga itu terbiar atau
terabai. Mereka hanya bersungguh-sungguh bekerja ketika majikan ada di rumah.
Apabila majikan keluar bekerja, mereka akan curi tulang dengan berehat atau
menonton televisyen.
Ada seketikanya masalah pembantu rumah boleh memeningkan kepala majikan.
Bayangkan sahaja majikan terpaksa menanggung bayaran bil telefon sehingga
beratus-ratus ringgit semata-mata kerana pembantu rumah menggunakan telefon
untuk berhubung dengan sanak-saudara di negara asal mereka. Bukan setakat itu
sahaja, ada pula pembantu rumah yang membenarkan orang luar atau kenalannya
masuk ke rumah semasa ketiadaan tuan rumah. Kerenah pembantu rumah yang
sebegini pastinya menimbulkan tekanan kepada majikan. Seandainya majikan
bertindak memberhentikan khidmat mereka, tentulah menimbulkan kesukaran kepada
majikan untuk mencari pengganti. Mahu tidak mahu majikan hanya mendiamkan diri
sahaja demi memastikan anak-anak dan rumah tangga mereka terjaga.
Pada tahun 2003, Human Right Watch Malaysia melaporkan bahawa kira-kira 18 ribu
orang pembantu rumah warga asing di Malaysia melarikan diri daripada majikan.
Hal ini juga amat mengecewakan majikan kerana mereka yang melarikan diri ini
turut mencuri barang-barang berharga milik majikan mereka. Tentu kita masih
ingat akan peristiwa pembantu rumah menculik bayi majikannya untuk dibawa lari
atau dijual kepada pihak ketiga. Walaupun perkara ini merupakan kes terpencil,
namun kita perlu berwaspada terhadap pergerakan dan tindak tanduk pembantu
rumah kitasebelum nasi menjadi bubur.
Kita sememangnya tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana masih ramai lagi
warga asing yang bekerja di negara ini telah menunjukkan prestasi kerja dan
tingkah laku yang baik. Perkara-perkara negatif yang melibatkan pembantu rumah
warga asing ini sebenarnya ibarat seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya
terpalit. Oleh yang demikian, jalan penyelesaian perlu dicari agar warga asing
yang bekerja sebagai pembantu rumah mengetahui dan memahami etika bekerja yang
betul. Lebih penting lagi ialah majikan tidak tertekan dengan masalah-masalah
yang ditimbulkan oleh pembantu rumah mereka.
________________________________________________________________________Petikan Umum
Berdasarkan petikan rumusan di
atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan
maksud rangkai kata sebelum nasi menjadi bubur.
[2 markah]
(ii) Mengapakah
berlakunya pelbagai masalah yang melibatkan pembantu rumah di negara
kita?
[3 markah]
(iii) Pada
pendapat anda, wajarkah kerjaya sebagai pembantu rumah diceburi oleh anak-anak
muda tempatan?
[4 markah]
Salem - Tinggal Kenangan
No comments:
Post a Comment