SAJAK: PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
A. MAKSUD SAJAK:
SAJAK
|
MAKSUD
|
Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu bumantara asing dari yang sering kaumesrai yang sama sekali berbeza dengan suasana suntimu kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu memesrai azimat dan tangkal dari tangga gading. |
Penulis menghantar anaknya menghirup udara
kehidupan yang baharu di bandar kerana anaknya akan melanjutkan pelajaran di
sana. Oleh sebab suasana dan persekitaran bandar dan kampung jauh berbeza,
penulis berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri di bandar. Penulis mahu
anaknya menimba pengalaman baharu di universiti yang bakal mengubah kehidupan
anaknya sebagai mahasiswa di sebuah universiti.
|
Kulepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang menongkah awan perak dan kabut dingin mengenal kalimat hujan dan bilah petir menyelit antara sembilu nasib dan waras akal. |
Penulis sanggup membenarkan anaknya hidup di
bandar untuk meluaskan pengalaman kehidupannya. Hal ini dikatakan demikian
kerana penulis mahu melatih anaknya agar tabah menghadapi cabaran dalam
kehidupan agar dapat mematangkan diri. Dengan berbuat demikian, pemikiran
anaknya menjadi lebih matang dan bijaksana menghadapi segala cabaran dalam
kehidupannya sebagai seorang mahasiswa agar dapat berjasa kepada keluarga,
bangsa, dan negara pada masa depan.
|
Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api di pohon kampus yang tegar status berceracak selumbar noda mengabur fikir di padang kampus yang hijau pertimbangan tumbuh gunung ego menghalau pekerti. |
Penulis beranggapan bahawa universiti ialah
tempat yang kaya dengan ilmu pengetahuan untuk ditimba oleh anak gadisnya
yang sedang menimba ilmu di sana. Walau bagaimanapun, penulis beranggapan
bahawa banyak pengaruh negatif juga tersebar luas apabila wujudnya pengaruh
rakan sebaya waima pengaruh media massa. Oleh hal yang demikian, penulis
berharap agar anaknya dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang terbaik
buat dirinya agar dapat mengelakkan sikap negatif seperti sombong dan
mementingkan status sebagai seorang mahasiswa di bandar.
|
Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin jangan kau pulang dengan percikan duka dan balutan luka di sayapmu yang patah |
Penulis berhadap agar anak perempuannya yang
belajar di universiti bijak menyesuaikan diri dan belajar dengan
bersungguh-sungguh di bandar terutamanya dia yang terpaksa berjauhan daripada
keluarga. Dengan kejayaan yang dikecap oleh anaknya, dia dapat mengembangkan
sayapnya demi masa depannya yang lebih cerah. Sebaliknya, penulis berharap
agar anaknya tidak mudah berputus asa lalu pulang ke pangkuannya. Hal ini
dikatakan demikian kerana penulis mahu anaknya menjadi seorang perantau yang
tabah menghadapi segala cabaran dalam kehidupan harian.
|
B. TEMA:
Tema sajak ini ialah nasihat dan peringatan seorang
bapa kepada anak yang bakal melanjutkan pelajaran di menara gading. Dalam sajak
ini, penulis berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri dalam keadaan yang
berbeza daripada di kampung halaman. Selain itu, penulis berharap agar anaknya
dapat menjaga jati diri dan maruah diri sepanjang bergelar mahasiswa serta
matang dalam pemikiran demi menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.
C. PERSOALAN:
(1) Kepentingan pendidikan demi masa depan. Contoh : Penyajak menghantar anaknya ke bandar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana menyedari kepentingan ilmu pengetahuan.
(2) Perbezaan kehidupan di bandar dan di luar bandar. Contoh: Penyajak mengatakan bahawa kehidupan di bandar adalah berbeza dengan kehidupan di kampung tempat asal anaknya menetap. Beliau berharap anaknya akan dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar tersebut.
(3) Fikiran waras dan matang daripada pengalaman hidup. Contoh: Penyajak beranggapan bahawa banyak pengaruh negatif apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya dan media massa. Penulis berharap agar anaknya dapat membuat keputusan yang waras agar dapat mengelakkan sikap negatif dalam menjalani kehidupan di bandar.
(4) Cabaran hidup di bandar. Contoh: Penyajak menjelaskan bahawa kehidupan di bandar amat mencabar serta banyak perkara negatif akan berlaku jika anaknya tidak dapat membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang tidak baik.
(5) Harapan ibu bapa kepada anak yang bergelar mahasiswa. Contoh: Penyajak mengharapkan anaknya menjadi lebih matang dan seorang yang bijaksana.
(6) Nasihat ibu bapa kepada anak. Contoh: Penyajak menasihati anaknya supaya menyesuaikan diri dengan kehidupan bandar dan belajar bersungguh-sungguh untuk mengembangkan potensinya di bandar.
D. GAYA BAHASA:
(1) Sinkope
Contoh: Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
(2) Responsi
Contoh:
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
(3) Anafora
Contoh:
di pohon kampus yang tegar status
di padang kampus yang hijau pertimbangan
(4) Metafora
Contoh:
Buktinya, mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
.
(5) PerlambanganContoh:
burung
kesedihan yang disebabkan oleh cabaran sembilu
universiti tangga gading
(5) Imejan atau imej alam
Contoh:
Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
E. NILAI:
(1) Kasih sayang. Cth: penyajak amat menyayangi anak gadisnya yang menuntut di institut pengajian tinggi memberikan pesanan agar anak gadisnya bijak membawa diri di tempat baru yang berlainan dengan kehidupannya di desa
(2) Kesungguhan. Cth: Penyajak menasihati anak gadisnya supaya menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh untuk menaikkan peluang kejayaan hidup di bandar.
(3) Kegigihan. Cth: Penyajak menasihati anaknya supaya gigih menghadapi cabaran hidup di bandar yang amat berbeza dengan cabaran hidup di luar bandar.
(4) Ketabahan. Cth. Penyajak menasihati anaknya supaya tabah menghadapi cabaran hidup di bandar.
(5) Ketaatan. Cth: Penyajak berharap agar anak gadisnya taat dengan nasihat yang diberinya supaya dapat mencapai kejayaan yang diimpikannya.
(3) Kegigihan. Cth: Penyajak menasihati anaknya supaya gigih menghadapi cabaran hidup di bandar yang amat berbeza dengan cabaran hidup di luar bandar.
(4) Ketabahan. Cth. Penyajak menasihati anaknya supaya tabah menghadapi cabaran hidup di bandar.
(5) Ketaatan. Cth: Penyajak berharap agar anak gadisnya taat dengan nasihat yang diberinya supaya dapat mencapai kejayaan yang diimpikannya.
(6) Hemah tinggi. Cth: Penyajak menasihati anak gadisnya supaya menjaga budi pekerti walaupun sudah bergelar siswi
(7) Kebijaksanaan. Cth: Penyajak menasihati anak gadisnya supaya pandai membawa diri di perantauan agar tidak menemui kekecewaan dan kegagalan mengejar cita-cita .
F. PENGAJARAN:
(1) Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan
sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
(2) Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam melakukan apa-apa yang kita sukai.
(3) Kita haruslah gigih menimba ilmu dan pengalaman demi kegunaan pada masa
depan.
(4) Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan
diri.
(5) Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas
berpindah ke bandar.
(6) Kita haruslah menjaga maruah diri dan mengekalkan jati diri yang mulia di
mana-mana sahaja kita berada.
(7) Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak
terlalu bergantung pada orang lain.
(8) Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agar dapat
menjadikan diri kita lebih kental.
(9) Kita haruslah bijak menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan agar dapat
menghadapi cabaran dalam kehidupan
Kasihnya ibu
Untuk Nana, Aiman, Aizat & Adib