FAEDAH MELANCONG DALAM NEGARA
Kata orang, “Jauh berjalan, luas pandangan”
yang bermaksud semakin banyak kita mengembara, maka semakin banyaklah
pengalaman yang ditimba. Oleh itu, ada orang yang suka melancong ke luar negara
untuk melihat budaya dan rupa bentuk bumi negara orang. Namun begitu, yang
menjadi tanda tanya, wajarkah kita mengenepikan destinasi pelancongan di negara
sendiri hanya kerana ingin
mengagung-agungkan negara lain? Oleh yang demikian, kita harus sedar bahawa
banyak kemaslahatannya jika kita sebagai warga Malaysia melancong di dalam
negara.
Sedar atau tidak, apabila kita melancong dalam negara, kita sebenarnya berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat akan destinasi pelancongan, kebudayaan, dan warisan negara kita. Tamsilannya, negara kita kaya dengan pelbagai keindahan khazanah alam semula jadi seperti Taman Negara Mulu, Taman Negara Kinabalu, Melaka Bandar raya Bersejarah, dan Georgetown yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Sementelahan pula, masyarakat majmuk di negara kita telah mewujudkan kepelbagaian budaya dari segi kesenian, perayaan, dan makanan. Dengan kata lain, kita akan lebih memahami budaya dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia jika melancong di dalam negara. Pendek kata, usahlah kita bersikap seperti lembu yang sentiasa melihat rumput di seberang lebih hijau daripada rumput-rumput yang sedang diragut.
Di samping itu, pertambahan bilangan pelancong domestik/ tempatan mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini, secara tidak langsung akan menambah peluang pekerjaan dan perniagaan di negara kita. Misalnya, industri perhotelan, “homestay”/ inap desa, taman tema, restoran, dan pusat beli-belah yang sinonim/ kebiasaan dengan industri pelancongan akan menawarkan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan jika sektor ini berkembang. Pelbagai bidang kerjaya boleh dicipta daripada bahagian pengurusan spt pemandu pelancong hinggalah ke bahagian khidmat pelanggan. Buktinya, sektor pelancongan telah berjaya menjana pendapatan negara sebanyak RM40 bilion setahun. Kita tidak boleh terlalu bergantung kepada kemasukan pelancong asing yang dipengaruhi oleh banyak faktor seperti wabak penyakit dan keselamatan global dan membawa budaya kuning. Tuntasnya, pelancong tempatan memberikan impak yang besar kepada kemajuan industri pelancongan domestik.
Jika kita renungkan sejenak, kita akan mendapati bahawa apabila kita melancong dalam negara kita dapat menjimatkan kos. Realitinya, jika berhajat untuk melancong ke luar negara, kita memerlukan bajet yang besar untuk tambang pengangkutan, tempat penginapan, dan makan minum. Hal ini, akan lebih membebankan jika melibatkan kadar tukaran wang kerana kadang kala negara yang ingin kita lawati, kadar tukaran wangnya lebih tinggi daripada mata wang kita misalnya, Jepun, Korea, Singapura dan Britian. Kelebihan yang kita peroleh apabila melancong dalam negara ialah kebiasaannya kita diberikan potongan harga atau diskaun oleh pihak hotel atau pihak pengurusan taman tema. Malahan, kita boleh memandu kenderaan sendiri untuk bergerak dari suatu destinasi ke suatu destinasi untuk menyelamatkan bajet kita. Konklusinya, jika hendak melancong ukurlah baju di badan sendiri kerana jika kita melancong dalam negara, kita tidak perlu berbelanja besar.
Tambahan pula, aktiviti melancong dalam negara mampu menjadi wadah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Hal ini disebabkan kos melancong dalam negara yang secara relatifnya/ bandingannya lebih murah daripada melancong ke luar negara. Oleh itu, ibu bapa boleh membawa ahli keluarga dalam bilangan yang lebih besar, terutamanya anak-anak. Pada kesempatan ini, sambil berseronok mengunjungi pelbagai destinasi pelancongan pilihan, ibu bapa dapat meluangkan masa dengan anak-anak dan sekali gus akan memperkukuh ikatan kekeluargaan bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Ringkasnya, ketika musim cuti sekolah, ibu bapa boleh mengambil peluang yang ada untuk membawa anak-anak melancong bagi menyuburkan ikatan ukhuwah/ persaudaraan antara ahli keluarga kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Akhir
sekali, melancong dalam negara dapat menanam
rasa cinta terhadap negara kita sendiri. Sebagai rakyat Malaysia, kita
sepatutnya berbangga dengan keistimewaan yang terdapat di negara kita berbanding
dengan negara lain. Kedudukan negara kita di garisan Khatulistiwa banyak
membantu kewujudan keindahan flora dan fauna yang menjadi pilihan orang ramai
untuk berkunjung. Kita sepatutnya berbangga dan berazam supaya di mana bumi
dipijak di situ langit dijunjung. Kita perlu mengambil peluang untuk mengenali
negara kita dengan lebih dekat kerana negara kita mempunyai banyak tempat yang
menarik seperti bangunan-bangunan bersejarah, kawasan pantai dan kawasan tanah
tinggi yang amat sesuai untuk kita kunjungi. Dengan membawa keluarga kita
melancong di dalam negara, kita sebenarnya akan mendidik dan menanam rasa cinta
kepada keluarga kita terhadap negara.
Konklusinya/ Intihanya, pelancong domestik mampu memacu iklim ekonomi yang memberangsangkan. Pada masa yang sama dapat menyemai semangat patriotik yang seterusnya memperkukuh jati diri rakyat tempatan. Oleh itu, pelbagai langkah untuk memajukan industri pelancongan domestik hendaklah disokong oleh warga tempatan demi kelestarian/ kemajuan industri berkenaan. Akhirul kalam, melanconglah agar kita tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.